Wednesday

Perasmian UiTM Convention of Student Entrepreneurs & Gerak Niaga Usahawan 2011

17 Mac 2011. Majlis di adakan bertempat di Dataran Cendikia UiTM Shah Alam. Ia dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Rohani Binti Abdullah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Pengajian Tinggi Malaysia. 



 






Taman Negara


Taman Negara di Pahang amat terkenal dengan taman yang amat luas serta menyimpan pelbagai rahsia alam untuk dihayati dan dikaji oleh penyelidik dan pengunjung yang mencintai alam semulajadi.

Kedudukannya di Banjaran Titiwangsa, yang meliputi sebahagian Daerah Lipis dan Jerantut di Pahang, dilihat menjanjikan pelbagai kajian penyelidikan ke atas habitat dan spesies hidupan liar.

Penyelidikan dan pengurusan ke atas spesies hidupan liar terutamanya spesies yang terancam dan habitat sebagai usaha memulihara populasi yang sedia ada.

Hutan tanah pamah dipterokap yang meliputi sebahagian besar kawasan ini menampung kira-kira 14,000 spesies tumbuhan, 200 spesies mamalia dan 300 spesies burung yang boleh dijadikan sumber kajian penyelidikan.

Terdapat juga sekurang-kurangnya 80 spesies kelawar dan 30 spesies tikus di Taman Negara. Pada ketinggian 750 meter, hutan-hutan gunung oak, rotan, palma dan konifer boleh ditemui.

Pengurus Pemasaran dan Promosi Perbadanan Bukit Fraser Badan Pelancongan Negeri Pahang, Kamarudin Ibrahim berkata pengurusan kawasan Taman Negara adalah bagi melindungi sumber biologi untuk tujuan saintifik, pendidikan, rekreasi, ekonomi dan lain-lain bagi generasi akan datang.

 


 


Monday

Ulang Tahun Tentera Darat ke 78.

Pameran ulang tahun tentera darat (ATM) ke-78 telah diadakan selama 3 hari bermula 4 march sehingga 6 march 2011.Selain dari kehebatan senjata dan pertahan yang lain, mereka juga mempunyai sistem perubatan yang setanding hospital yang ada di Malaysia.


Organisasi Perkhidmatan Kesihatan terdiri daripada 
Organisasi Pemerintah - Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, Markas Medan, Markas Divisyen,Markas Briged dan Batalion dan Rejimen.
  1. Organisasi Medan.
  2. Organisasi Hospital Angkatan Tentera.
  3. Organisasi Pergigian.
  4. Organisasi Kesihatan.
  5. Organisasi Latihan.






Kapal Korek Tanjung Tualang, Perak.

Di Malaysia, terdapat satu kapal korek besar yang telah menjadi tinggalan. Ianya hanya boleh didapati atau dilihat di Perak sahaja dan tidak terdapat di tempat-tempat lain di Malaysia. Perjalanan 15 minit dari pekan Batu Gajah ke Tanjung Tualang Perak dengan menunggang kuda besi tidak sia-sia apabila dihidangkan permandangan menarik di sini.


 

 



20 haribulan 2, bertempat Dataran Shah Alam berhampiran Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, berlangsungnya aktiviti melihat bulan menggunakan telescope. Aktiviti ini dianjurkan oleh Universiti Malaya diketuai oleh Tim. Pengarah UM iaitu Prof.Dato' Dr. Mohd Zambri Zainuddin yang bermula sejak pukul 8 hingga 11 malam.
Ini adalah gambar sebenar yang dirakamkan oleh kamera Canon DSRL 
dengan bantuan telescopes Meade LXD75 2000mm.
Orang ramai melihat imej sebenar bulan melalui komputer riba yang disediakan.

Wednesday


 

Perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia dan Hong Kong di Stadium Shah Alam, Selangor. Perlawanan persahabatan ini adalah diadakan bagi meningkatkan lagi kedudukan pasukan Malaysia di persada antarabangsa selain menguji teknik dan perubahan pada jentera pasukan Harimau Malaya ini.Keputusan penuh antara Malaysia dan Hongkong 2-0.

Sunday

Vandalisme

Vandalisme sering dilakukan oleh remaja serta mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap harta benda awam. Ia tidak mengira tempat atau waktu dan ia diperlakukan dengan pelbagai cara. Gambar di atas dirakam berhampiran lebuhraya persekutuan di lorong motosikal. Ia sedikit sebanyak telah menjejaskan kawasan terbabit. Ia perlu diambil berat oleh semua pihak dan bukan hanya mengharapkan kerajaan semata-mata. Dengan laporan orang ramai, ia mampu membersih serta membaikpulih sesuatu kawasan yang terbabit.

Monday

TAIPUSAM

Batu Cave, Selangor.
Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.
Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.
Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.
Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.
Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar.


SENI BINA MASJID DIRAJA SULTAN SULEIMAN KLANG

Masjid DiRaja Sultan Suleiman telah dibina pada tahun 1932, sempena
pengisytiharan Klang sebagai pusat pentadbiran negeri Selangor. Ia adalah satu
pemberian dari kerajaan British kepada Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah,
Sultan Selangor yang ke 5. Perasmian masjid ini telah di sempurnakan oleh
baginda sultan pada tahun 1934 dan dikenali dengan nama Masjid Suleiman Jamiur
Rahmah.

Masjid ini pernah dijadikan masjid negeri Selangor sehinggalah terbinanya
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Sekarang ia dimasyhorkan
sebagai Masjid Diraja Klang.

Ada pula yang mengatakan Masjid Sultan Suleiman berkonsepkan Art Deco kerana elemen 
dekoratif yang minima digunapakai di sini. Penggunaan geometri yang mudah pada pelan 
masjid juga menjurus kepada Art Deco

Masih terdapat unsur-unsur klasikal terutama pada tiang, namun ianya agak minimal. 
Kubah masjid berbentuk separuh bulatan (separa hemisfera) berwarna kuning telur
(tidak keemasan). Kubah besar ruang solat utama dikelilingi oleh beberapa kubah 
yang lebih kecil.Terdapat 8 menara kecil disekeliling masjid dan satu menara besar lagi tinggi 
dibahagian tengah laluan masuk dari anjung utama. Menara ini juga dihiasi dengan kubah kuning
di puncaknya.Arkitek yang merekabentuk masjid ini ialah L.Keste Vend. Masjid ini boleh 
menampung lebihkurang 1000 jemaah dalam satu masa.