Batu Cave, Selangor.
Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini.  Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon  sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka  satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.
Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.
Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan  mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini  ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu  bentuk melepaskan atau membayar nazar.
Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi  akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini  diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak  patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan  utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi  ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak.  Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain  itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari  tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk  perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi  akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.
Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku.  Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba  ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang  mencucuk panah  besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan  panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.
Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar.

wahh colourful....gud job...gud job...:D
ReplyDeleteFitri
ReplyDeletekalau close up / tight crop make sure image nampak sharp & detail
ok