Monday

TAIPUSAM

Batu Cave, Selangor.
Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.
Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.
Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.
Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.
Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar.


SENI BINA MASJID DIRAJA SULTAN SULEIMAN KLANG

Masjid DiRaja Sultan Suleiman telah dibina pada tahun 1932, sempena
pengisytiharan Klang sebagai pusat pentadbiran negeri Selangor. Ia adalah satu
pemberian dari kerajaan British kepada Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah,
Sultan Selangor yang ke 5. Perasmian masjid ini telah di sempurnakan oleh
baginda sultan pada tahun 1934 dan dikenali dengan nama Masjid Suleiman Jamiur
Rahmah.

Masjid ini pernah dijadikan masjid negeri Selangor sehinggalah terbinanya
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Sekarang ia dimasyhorkan
sebagai Masjid Diraja Klang.

Ada pula yang mengatakan Masjid Sultan Suleiman berkonsepkan Art Deco kerana elemen 
dekoratif yang minima digunapakai di sini. Penggunaan geometri yang mudah pada pelan 
masjid juga menjurus kepada Art Deco

Masih terdapat unsur-unsur klasikal terutama pada tiang, namun ianya agak minimal. 
Kubah masjid berbentuk separuh bulatan (separa hemisfera) berwarna kuning telur
(tidak keemasan). Kubah besar ruang solat utama dikelilingi oleh beberapa kubah 
yang lebih kecil.Terdapat 8 menara kecil disekeliling masjid dan satu menara besar lagi tinggi 
dibahagian tengah laluan masuk dari anjung utama. Menara ini juga dihiasi dengan kubah kuning
di puncaknya.Arkitek yang merekabentuk masjid ini ialah L.Keste Vend. Masjid ini boleh 
menampung lebihkurang 1000 jemaah dalam satu masa.